Ziarah Tarbawi 2 - 'Macaroni' HALUAN Rawang
14 Ogos 2010 – Rawang. Sesuai dengan perjalanan madrasah Ramadhan, HALUAN Segamat telah melakukan kunjungan atau ziarah Tarbawi ke pejabat HALUAN Rawang. Tetamu kehormat kali ini sedang dalam rangka penyusunan serta memperkemaskan struktur kerja, tarbiyah dan dakwah di Segamat . Sehubungan itu, ziarah ini juga adalah sebahagian daripada proses pembentukan hati yang berjalan berterusan serta mengikat ukhuwwah, setiakawan serta persefahaman dan perkongsian pengalaman yang amat bermakna dan dihajati.
Rombongan yang tiba kira-kira jam 6.30 petang di Masjid Jame Mukim Rawang telah dibawa ke pejabat HALUAN Rawang dan disambut oleh petugas yang sedia menanti kehadiran sahabat dari selatan tanahair itu. Sedikit juadah berbuka puasa telah disediakan dan dinikmati bersama. Sesungguhnya, ikatan yang dibajai dan dipelihara melalui fikrah Islam ini begitu unik kesegarannya dan penuh bersemi di dalam hati yang memahami keindahan pertemuan kerana Allah ini. Selesai fardhu Maghrib, telah berlangsung majlis ta’aruf ringkas tetapi padat makna di antara sesama anggota memperlihatkan bahawa betapa perlunya ta’aruf ini berlaku berterusan dan sebanyak yang mungkin. Seterusnya tetamu telah dirai dengan solat terawikh bersama sebagai satu ibadah yang diganjari Allah hanya di madrasah Ramadhan ini. Pertemuan diakhiri dengan mukhalatah atau ramah mesra serta perkongsian pengalaman yang amat bermakna serta disulami ‘macaroni’ goreng yang disediakan oleh Pn Siti Romziah, HALUANITA Rawang.Rombongan telah memulakan perjalanan pulang ke Segamat pada jam 10.15 malam.
Dengan tekad untuk melakukan kunjungan balas yang akan disusun, HALUAN Rawang
No similar posts
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment