Nun Di Sana

No comments

Nun di sana cita-cita kita,
Ya akhirat namanya,
Di dunia bukan tempat tinggal,
Di sini hanya sebentar tidak kekal,

Betulkan niat dari sekarang,
Tukar sikap kita yang merugikan,
Quran dan Sunnah jadikan panduan,
Agar esok kita tidak kekesalan,

Biar susah sedikit kerana tuhan,
Untuk menghindar kesusahan yang besar,
Yang tidak sanggup ditanggung badan,
Ambillah iktibar kalau mahu sedar,

Di sana tiada taulan yang membela,
Amal ibadat itulah pembela kita,
Bersegeralah dalam membuat kebajikan,
Jangan dilalai oleh nafsu dan syaitan,

Pangkat dan harta tidak akan kekal,
Bahkan apa yang ada akan ditinggal,
Hidup di dunia hanya sementara,
Buatlah persiapan untuk ke sana,

Ayuh bersegeralah menuju Allah,
Taati lah Ia, minta ampun pada NYA,
Mati bila-bila masa boleh tiba,
Jangan sampai kita tidak bersedia

lirik nasyid nada murni - nun di sana

No comments :

Post a Comment