Solidariti NGO Muslim Malaysia Menentang Zionisme

No comments
KUALA LUMPUR, 18 Mei 2018 – “Presiden kamu sekarang adalah manusia paling gila dalam menangani isu pencerobohan regim Israel di Baitulmaqdis,” demikian kata-kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid kepada petugas Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini yang tampil menerima memorandum delegasi himpunan aman anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) sejurus selepas solat Jumaat di hadapan kedutaan berkenaan.
Perhimpuan bantahan kumpulan NGO itu telah bergerak melawan arus jalanraya daripada Bangunan Tabung Haji (TH) terus menuju ke hadapan kedutaan AS sepertimana disarankan oleh pihak berkuasa yang telah memberi kerjasama yang sangat baik. Manakala satu arus yang lain yang dipelopori oleh sebuah parti politik telah bergerak mengikut arus jalanraya untuk berada berdekatan dengan bangunan kedutaan AS. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa yang memantau aspek keselamatan telah tidak membenarkan arus tersebut untuk mara. Meskipun demikian, suara bantahan mereka jelas kedengaran dan menampakkan solidariti dan kesatuan rakyat Malaysia dalam menegaskan pendirian bersama berhubung peristiwa Nakbah 70 tahun dan keganasan terkini yang berlaku di Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza berikutan perpindahan pejabat kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Isu perpindahan kedutaan AS ke Baitulmaqdis yang sekaligus mengiktiraf ia sebagai ibu negara negara haram Israel itu adalah satu pengkhianatan kepada umat Islam sedunia. Spektrum pencerobohan dan keganasan di rantau itu seolah telah didukung oleh AS secara mutlak. Tindakan AS tersebut mengundang bantahan dunia.
Penduduk Palestin yang mempertahankan kedaulatan tanahair mereka telah bertindak melancarkan ‘Great Return March’ dan ‘Nakbah70’ bertujuan memperingati peristiwa pencerobohan  70 tahun yang lalu yang memperlihatkan regim Zionis berterusan merampas hak serta menganiaya rakyat Palestin sehingga ke hari ini. Kebangkitan kali ini menyaksikan sekitar 100 orang daripada mereka syahid atau tercedera di muncung senjata pihak zionis Israel.
Suara bantahan seumpama ini akan kita teruskan sehingga runtuh sikap keangkuhan mereka dan diperlihatkan Allah jalan kemenangan sehingga bumi Palestin itu kembali kepada rakyat Palestin. Biar apa pun perancangan mereka, kita yakin Allah juga turut merancang dan Allah adalah sebaik-baik Perancang.
#GreatReturnMarch
#Nakbah70

Laporan mediaHALUAN
https://www.haluan.org.my/2018/05/19/solidariti-ngo-muslim-malaysia-menentang-zionisme/







No comments :

Post a Comment