Di Madrasah Ramadhan Itu Aku Terfikir.....

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” Al Baqarah, 183
Buat kesekian kalinya madrasah Ramadhan bertamu lagi. Masih lagi Allah kurniakan umur dan peluang demi peluang kepada kita. Masih lagi ada ruang untuk diisi malam-malam hari di sepanjang Ramadhan dengan munajat kepada Nya. Tadarus itu masih terbuka di Ramadhan ini. Sedekah jariah serta amalan yang berganda hanya kerana di Ramadhan ini masih lagi dibuka ruangnya kepada kita. Rahmat dan kurnia Allah di Lailatul Qadar masih bersimpuh di ribaan malam- malam nya. Zakat terencana di Ramadhan ini kembali melabuhkan tarinya. Setiap langkahan yang soleh di Ramadhan ini masih di situ menggamit kurniaan dariNya. Segalanya masih disitu seperti tahun-tahun yang lalu. Apakah kita masih terpaku kelu merawat kesungguhan yang kian perlahan gemalainya? Suntikan bagaimana yang kita dambakan agar madrasah Ramadhan kali ini segar dalam dakapan kita? Dapatkah Ramadhan kali ini melahirkan jiwa juang yang cekal di medan dakwah dan tarbiyyah seterusnya?

Saban tahun kita diizin melewati bulan penuh keberkatan ini. Ada yang mampu melihat
hadirnya kelebihan tetapi tidak mencari kelebihan itu. Ada yang mengikut arus, berbuat segala amalan sekadar taqlid yang telah jadi darah daging. Ada yang memaksa agar diri ikut perkasa tetapi penuh mengharap pujian daripada khalayak. Ada yang leka tanpa tahu telah datang Ramadhan. Ada yang izzah dan puas mencipta bekal setiap hari di Ramadhan dan inilah jiwa yang tenang dalam madrasah Ramadhan.

Di Ramadhan ini jugalah tautan ukhuwwah wajib kita perkemaskan. Di siangnya berpuasa bersama, menyedia juadah berbuka bersama, makan bersama, solat fardhu bersama dan di malamnya terawikh bersama, tadarus Al Quran bersama dan Qiamullail bersama di hari yang kita rancang bersama. Boleh sahaja kita merancang kerana hati-hati kita memang bertaut kerana Allah pastinya.
Di Ramadhan ini jugalah kita akan terus berakhlak, mendidik dan berbakti. Menjadi satu kerugian seandainya di Ramadhan ini, kita culas meningkatkan iman, gagal mengeratkan ukhuwwah, leka cuai dalam menambah ibadah, malas bekerja untuk Islam atau untuk apa pun, gagal memanfaatkan tawaran daripada Allah, bejat mengutip ganjaran daripada ibadah, tidak bersungguh mencari ilmu, tiada deruan untuk menyampaikan ilmu atau apa sahaja yang memandang Ramadhan persis bulan-bulan biasa.
Kita punya cita untuk ke syurga, maka di Ramadhan inilah terbentang jalan yang

Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment