Ramadhan Bersama Huffaz ,,,,,,,berukhuwah, beribadah dan berkongsi rasa di Desa Coalfields.
SUNGAI BULOH, 26 Julai 2012 – Ramadhan Bersama Huffaz bertamu
lagi. Kemeriahan beribadah, ukhuwah dan rasa kebersamaan silih berganti mengisi
malam-malam Ramadhan. Kali ini para huffaz ini datang dari pelusuk yang tidak
asing malah amat dekat di hati kita iaitu Palestin, Somalia dan Syria. Bertempat
di Surau Al Hidayah, Desa Coalfields, kariah itu telah disajikan dengan huffaz
dari Somalia iaitu Sheikh Ahmad Abdirahman.
Di dalam perkongsian Sheikh Ahmad, hanya terdapat dua NGO Islam di Kem
Perlindungan Dadaab iaitu IHH Turki dan HALUAN Malaysia. Kem yang menampung hampir
700,000 rakyat Somalia itu amat dhaif, namun begitu di situlah beliau
dibesarkan dan menghafaz Al Quran. Terlalu banyak pengajaran yang dapat ditimba
daripada Sheikh Ahmad dan jelas mendidik kita bahawa kesungguhan dan anugerah
Allah bukanlah terletak pada prasarana yang lengkap namun niat serta
kesungguhan diiringi kefahaman yang mantap membezakan nilai pendidikan pada
jurang yang tersendiri. Jawatankuasa Surau Al Hidayah dan HALUAN unit Rawang juga
telah mengelolakan kutipan bagi rakyat Somalia daripada penduduk Desa
Coalfields.
Keesokan harinya, delegasi ini akan bertamu ke Masjid
Kalumpang dengan misi yang sama,
berukhuwah, beribadah dan berkongsi rasa.
No similar posts
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment