Perhimpunan Aman Selamatkan Syria...

Ada yang berkata
Derita mereka derita biasa-biasa
Ada yang menjeling
Kemelut mereka akibat tak ikut kata
Ada yang percaya
Tindakan yang bersenjata sekadar teguran
Ada yang menyangka
Pembunuhan di sana fenomena tidak apa-apa
Ada yang menulis
Rakyat di sana tak usah dibela
Ada yang menyindir
Sesiapa yang membela sebenarnya tak tahu cerita
Bumi Syria adalah bumi umat Islam
Di dalamnya padat jiwa mendukung syahadah
Mempertahankan tanah air adalah hak mutlak yang bernama rakyat
Perlakuan diistilah jihad yang mulia
Mereka yang dibunuh langsung tak bersenjata
Yang membunuh itu sarat senjata
Kita tidak akan tahu andai kita tidak mahu tahu
Ketahuilah...
Mereka perlu dibantu
Pembunuhan mesti dihentikan
Mari...
Tunjukkan rasa benci pada kezaliman
Tunjukkan rasa benci pada akhlak syaitani
Tunjukkan rasa belas pada yang teraniaya
Perhimpunan Aman Selamatkan Syria
1400 Di kedutaan Syria
16/3/2012
Khazman
Sg Buloh, Selangor
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment