Tahniah JDK 2011/2012.... Selamat Datang JDK4 2012/2013.

No comments

JDK 2011/2012 baru sahaja melabuhkan tirai. Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja anjuran HALUAN Malaysia ini yang telah masuk tahun ketiga penganjuran telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sessi 2011/2012 kali ini terus memperlihatkan kesungguhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Kolej Teknologi Darul Naim (KTD). Sokongan Agensi Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan Badan Bukan Kerajaan ini dilihat begitu bersungguh dalam memberi didikan dan panduan kepada para remaja yang berlangsung selama 22 hari ini bermula pada 24 Disember 2011 dan berakhir pada 14 Januari 2012. Kursus yang berjalan serentak di empat lokasi di seluruh Negara iaitu Zon Utara di Batu Ampar Resort, Zon Tengah di Kem Bumi Jati, Zon Timur di ILIM Wilayah Timur dan Zon Selatan di Savannah Hill Ulu Tiram.

Jelas terpancar di raut wajah anak-anak remaja akan emosi, sudut pandang, visi dan misi malah karektor awal mereka dalam mengharungi dunia kedewasaan. Semua ini menuntut bimbingan agar mereka tetap di landasan yang benar. Sekalung tahniah dan ingatan yang tulus lagi ikhlas kepada pasukan fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) yang menjadi rakan pembimbing di sepanjang kursus ini berlangsung di seluruh Negara. Begitu juga dengan kem komandan yang terpilih untuk JDK kali ini, kepimpinan kalian amat dirindui. Tidak lupa kepada Pengarah JDK di ke empat-empat zon, yang menjadi penghubung kepada penganjur, fasilitator, peserta dan ibu bapa. Sesungguhnya bakti yang dicurahkan hanya layak di ganjari oleh Allah SWT.

Pasca JDK ini diharap dapat melahirkan remaja yang jelas akan matlamat kehidupan dan mesra akan matlamat akhir di alam ukhrawi nanti. Tiada lain harapan yang tersemat sebagai penganjur dan lebih-lebih lagi ibu bapa hanyalah untuk melihat generasi zuriat mampu mengisi bejana kehidupan selaras dengan tugas hakiki bagi insan Muslim; menyebarkan Islam dan terbentuk jiwa-jiwa yang mendokong kerja-kerja Islami dalam seluruh aspek kehidupan.

Jiwa anak-anak remaja ini begitu bersih. Dalam diri mereka terpancar kekuatan semulajadi namun manfaat kekuatan itu perlu diproses dan dicerna dengan acuan yang tepat sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Inilah cabaran yang besar, kritikal dan bersifat segera untuk di perhalusi keberhasilan perkembangan mereka. Apa sahaja modul yang dipersembahkan mampu mereka lalui dengan sedikit kesesuaian pada diri mereka. Inilah kemampuan mereka yang cukup menakjubkan.

Akhirnya tidak dilupakan kepada mereka yang bertungkus-lumus di belakang tabir demi memastikan segala acara dan sessi modul berjalan dengan jayanya. Anggota-anggota HALUAN di merata daerah yang bertugas mengikut giliran di seluruh Negara, benar-benar memberi kesan kepada kejayaan program peringkat kebangsaan ini. Berjumpa lagi di JDK4 sessi 2012/2013 di hujung tahun ini.

No comments :

Post a Comment