Halaqah Keluarga JV Halaqah Anak-Anak.......

No comments

Lama anak-anak cuti ni. Kalau satukan halaqah keluarga dan halaqah anak-anak pun bagus juga. Bawa mereka ‘jogging’ di Tasik Metropolitan. Lepas tu singgah sarapan di mana-mana. Hujan pagi ni, tapi menjelang jam 7 pagi titisan di pagi hari tu nampak dah reda.

Ayah : Ada ke kawan-kawan nak ikut ?

Anak : Ada, empat orang semuanya..

Ayah : Ok, kita tunggu…..

Berkenderaan ke lokasi kira-kira 20 minit. Setiba di sana, kami semua buat regangan.

Ayah : Kita mulakan aktiviti kita dengan membaca Ummul Kitab…Al Fatihah. Selepas regangan ni kita jogging satu pusingan tasik ni. Kita kena selalu ingat, semua yang kita lakukan adalah ibadah. Walaupun perkara yang kita anggap remeh seperti jogging tetapi ia beri sumbangan kepada kesejahteraan tubuh badan kita dengan izin Allah. Beriadah ni sesuatu yang baik untuk kesihatan tubuh badan, meningkatkan stamina, mencergaskan minda dan jasmani.

Kawan Anak : Nak dua pusingan boleh tak Pak Cik…?

Ayah : mmm….ikut la kemampuan.

Riadah pagi ini selesai dengan satu pusingan tasik. Banyak perhentian dan mukhalatah. Anak-anak ni bersih tumpuan mereka, fokus mereka ringkas dan terus pada sasaran. Mendekati mereka mencambahkan kekuatan. Kekuatan yang kita perlukan bagi menyambung risalah yang diamanahkan Rasul. Mereka perlu mewarisi dakwah dan tarbiah. Kita wajib menyediakan kefahaman yang jelas kepada mereka, tentang iman, tentang Islam, tentang tarbiah dan tentang dakwah…….tentang tujuan kita berada di dunia ini. Patutlah Rasulullah terlalu kasih pada kanak-kanak.

Sebelum pulang ke rumah masing-masing, Halaqah Keluarga JV Halaqah Anak-Anak ini sempat menikmati roti canai dan teh O ais……….bagi mengembalikan tenaga…

Kawan Anak : Nak dua keping boleh tak Pak Cik…?


No comments :

Post a Comment