Kisah Kau Tersedar... (Part 3: Kiriman Pengunjung Blog)

No comments

Takdir yang menemukan lagi
Daerah silam bersulam kenangan
Memang ada kisah dan harapan
Antara dendam dan juga kekesalan...

Bisikan syaitan begitu memukau
Itulah perjanjian yang sering terlaksana...
Agar sentiasa melayari rentak sumbang tarinya...

Namun
Sesekali hati ini akan terperangkap
Kerana iman yang begitu rapuh dan alpa
Leka seketika kepada Maha Pencipta
Kerana kiri dan kanan sentiasa dihasuti oleh
Bisikan syaitani...

Dalam membelah likuan rasa
Di alam maya yang sementara ini
Kita perlu bersama
Untuk saling mengingati... saling menasihati
Agar keimanan berakar umbi di dalam hati
Sebagai pedoman menuju ke destinasi

Moga dalam ukhuwwah Islamiah ini
Bisa dibukakan pintu kerahmatan dan keredhaan
Agar bisa mengorbankan kejahilan
Dan menyemarakkan lagi keimanan dan ketakwaan

Yang pasti
Carilah redha Ilahi
Untuk nikmat syurga yang hakiki
Destinasi cinta menuju ilahi...

Nukilan :
Izzah Jazmina
Jerantut, Pahang
28 Februari 2011


(Puisi ini di email kepada editorial atas perkongsian rasa pengirim pasca sentuhan silam beliau apabila melayari nukilan 'Kisah Kau Tersedar... (Part 2) bertarikh 26 Februari 2011." Karya dilihat terpelihara dan memenuhi sisi penulisan rentak Islami. Editorial menghulurkan salam ukhuwwah dan mengalu-alukan nukilan rasa seumpamanya untuk dikongsi bersama.)

Editorial:
khz000@yahoo.com

No comments :

Post a Comment