Ziarah Tarbawi 3... S.R.I.K, semoga Allah permudahkan...
31 Ogos 2010 – Rawang. Ziarah Tarbawi disuburkan lagi dan kali ini HALUAN Rawang menerima kunjungan sahabat-sahabat dari KL Utara atau Gombak. Seperti biasa bersesuaian dengan Ramadhan Kareem yang berbaki beberapa hari, iftar dan solat bersama adalah wadah terindah dalam memupuk ukhuwwah dan kemesraan. Menu utama iaitu Nasi Ayam yang menjadi juadah kegemaran dan mudah serta ringkas bagi tetamu kehormat kali ini.
Resam bersahabat dan bersatu dalam jalan dan fokus yang sama, ada sahaja perkara yang mahu dikongsi. Itulah keajaiban kerja-kerja Islam. Melahirkan tautan hati yang sukar untuk dihuraikan andai ada yang bertanya. Gerak dan gaya bahasa yang penuh terdidik dalam menyemai rasa kebersamaan sekalipun buah bicara bertajukkan perkara umum namun selingan yang datang daripada lanskap sentuhan tarbawi yang amat terjaga dan sesiapa yang mendengar pasti tahu bahawa itu bukan perkara yang sia-sia.
Pertemuan ini difokuskan kepada Sekolah Rendah Ibnu Kathir(SRIK) yang memerlukan prasarana baru kerana dengan itu dirasakan akan dapat melonjakkan institusi pendidikan anak-anak kita ke tahap yang lebih selesa. Prasarana sedia ada telah dimanfaatkan dalam kapasiti maksima maka ruang baru perlu diteroka. Ini memerlukan belanja yang besar dengan perancangan sedia ada memutuskan untuk membina prasarana baru yang lebih luas sesuai juga dengan permintaan masyarakat yang ingin agar anak mereka dididik di SRIK.
Sasaran perbelanjaan adalah di sekitar RM1.5 juta. Atas laluan ini Jabatan Agama Islam Selangor telah meluluskan dan membenarkan agar sumbangan kewangan daripada masyarakat boleh dikutip dan disalurkan terus kepada SRIK bagi membangunkan keperluan yang murni ini. Kutipan dana serta pertukaran kupon sumbangan sedang diusahakan. Selain itu, sumbangan terus juga boleh dilakukan ke akaun :
PEMBANGUNAN SEKOLAH RENDAH IBN KATHIR
NO AKAUN : 14032010020064 Bank Islam Malaysia Bhd
SEKOLAH RENDAH IBN KATHIR
NO AKAUN : 564221612554 Malayan Banking Berhad
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” Al Hadid, ayat 18
Bersempena dengan Ramadhan 1431H yang sedang kita lalui ini, suburkan fokus amal ibadah kita lebih-lebih lagi dalam mengeluarkan wang atau harta, mudah-mudahan jariah yang terbina itu menjadi bekalan amal kebajikan yang berterusan buat kita. Cari ruang-ruang mengisi redha serta keampunan Allah di setiap ketika. Institusi pendidikan untuk anak-anak ini adalah satu keperluan. Mari kita usahakan keperluannya bersama. Iftar dan ziarah kali ini meninggalkan tugasan yang ingin dipikul bersama. Semoga Allah permudahkan.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment