LL4G.....bara yang membara...

No comments

16 Julai 2010 – Rawang. Suarasa bersama Ustaz Hj Noor Azman, ketua delegasi LL4G dari Malaysia untuk menerobos ugutan serta vakum persaudaraan dan kemanusiaan yang dikenakan oleh Negara haram Israel telah berlangsung di Sekolah Menengah Agama Rawang (SAMER). Sessi penjelasan dan membangkitkan kesedaran yang berterusan kepada masyarakat di semua peringkat giat dijalankan demi memelihara bara kesedaran masyarakat dunia yang telah mula sedar dan bangkit membantu serta membela kesengsaraan penduduk Islam Palestin serta Gaza khususnya. Dewan yang dipenuhi kira-kira 700 para pelajar dan pendidik tekun mendengar serta mengamati setiap yang disampaikan oleh Noor Azman.

Minat pelajar cilik SAMER menyegarkan kudrat semua yang berusaha membela bumi umat Islam yang terluka itu. Suasana itu meyakinkan kita bahawa usaha membela Al-Aqsa berada di paksi dan landasan yang terpelihara. Penerangan berhubung peluang melanjutkan pengajian di Kolej Teknologi DarulNaim (KTD) juga disampaikan kepada para pelajar sebagai informasi semasa berhubung kolej angkat HALUAN Malaysia yang semakin mendapat tempat.

No comments :

Post a Comment