..dan peliharalah 'chemistry' kita.
Mencari kesesuaian atau ‘chemistry’ antara dua manusia adalah cabaran yang unik. Memelihara adunan itu adalah satu cabaran yang lain. Sesiapa sahaja ada potensi untuk meneutralkan ‘chemistry’ asal sahaja jelas akan tujuan sesuatu hubungan. Seringkali apabila matlamat itu kita sandarkan kepada kebendaan, pandangan keduniaan, jaluran yang menyuburkan nafsu atau apa sahaja yang bisa melunturkan ingatan kita kepada ukhrawi, kita pasti
akan tenggelam di dalam ‘chemistry’ yang melampau. Sifat ‘chemistry’ adalah sensitif di mana-mana ketika. Untuk bersama-sama melakukan kebaikan memerlukan campuran ‘chemistry’ yang cemerlang. Menakjubkan, untuk melakukan kebatilan juga memerlukan campuran ‘chemistry’ yang statusnya cemerlang tetapi untuk maksud yang keji.
“Assalamualaikum akhi, free sekarang, jom minum.” – Ini satu frasa kata yang berkemampuan menerbitkan ‘chemistry’ yang cemerlang. “Macam sugul je, cerita sikit kat ana
sambil kita makan sup kambing.” – satu lagi ungkapan yang juga melahirkan ‘chemistry’ cemerlang dan bermatlamatkan kebaikan. Persoalannya, perlu sangat ke ‘chemistry’ semua ni?
Seseorang yang berukhuwwah kerana Allah, yang mengharap agar tergolong dalam golongan yang mendapat naunganNya, yang ingin melihat amalan Islam itu ada di mana-mana kerana apa yang ada dalam Islam itu adalah fitrah bagi setiap manusia , mereka akan mudah melahirkan ‘chemistry’ yang cemerlang. ‘Chemistry’ yang cemerlang ini di setiap ketika mampu melahirkan rasa kebersamaan yang menakjubkan. Tidak hanya itu, segala perancangan dan pekerjaan akan mampu terlaksana dengan urutan peristiwa yang bermakna. Rasulullah adalah contoh terbaik diketika menerbitkan qudwah atau ‘chemistry’ bersama para sahabat. Diterima pakai oleh setiap kabilah tatkala mereka bersengketa. Dikenali sebagai al-Amin oleh masyarakat tempatan. Dihormati oleh segala makhluk. Apa yang dibawa Rasulullah melimpah dengan ‘chemistry’ yang cemerlang pada setiap ketika.
Ada ungkapan berbicara seandainya kita tidak disenangi maka ‘chemistry’ itu tidak cukup atau ertikata lain, tarbiah itu tidak ada atau tidak sampai. Kunci kepada zahirnya ‘chemistry’ yang cemerlang adalah ukhuwwah dan tarbiah yang berjalan seiring. Menyelami ungkapan hebat As Syeikh Mustafa Masyhur, ‘Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain’ adalah saranan langsung memberi erti kepada fungsi ‘chemistry’. Bagaimana jika ada yang mendakwa telah melakukan sehabis baik, telah mengadunkan ‘chemistry’ sebaik mungkin tetapi masih tidak mampu untuk mendekati seseorang. Diketika itu, kekalkan ‘chemistry’ cemerlang, akhlak cemerlang dan kesungguhan hati serta tingkatkan ukhuwwah dan periksalah iman. Ukuran keberhasilan dakwah lebih banyak tertumpu kepada usaha mempertingkatkan iman dan amal serta memantapkan ukhuwwah selain ‘brain storm’ kerja-kerja Islami pada selamasa atau kekerapan yang meningkat.
Jangan pula lupa, pertingkat pengharapan dan munajat kepada Allah kerana ‘master key’ kepada ‘chemistry’ dan hidayah hanyalah datang daripadaNya semata-mata. Tanpa izinNya kita tidak mampu bertamu di ruang ini dan peliharalah ‘chemistry’ kita.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment