Suatu Hari Yang Menggamit Memori.......Di Rehlah Tarbawi.........

No comments
Foto Kenangan: "Keluarga Besar" HALUAN Unit Rawang

Hari itu kami berkumpul lagi, keluarga-keluarga kecil berhimpun menjadi keluarga besar, yang masih belum berkeluarga memerhati penuh hairan sambil tinggi minat akan gelagat ibu dan anaknya, ayah dan anaknya malah interaksi suami dan isterinya......minat sambil terdetik ......bila giliran aku...? Kali ini kita agak terasa seperti  pergi berkursus. ....rehlah di perkarangan sebuah pusat latihan, institusi kerajaan negeri di Ulu Yam.

Semua itu kenangan dan lebih bersemi kenangan itu apabila berkumpulnya kami membawa objektif......mmm.....berkesan sungguh tarbiah Cikgu Pa. Tiada satupun aktiviti HALUAN Unit Rawang di Hulu Selangor ini dibuat tanpa meletakkan objektif. Objektif kali ini adalah setiap keluarga diminta menyediakan profil keluarga masing-masing berserta kata-kata nasihat, hikmah malah wasiat kepada ahli keluarga masing-masing. Waktu itu, ahli keluarga akan mendengar nasihat dan wasiat daripada ketua keluarga sambil dipersaksikan keluarga yang lain.......dah tentu-tentu tidak ada nasihat yang merapu.

Ada yang memang telah tahu kerana bersama-sama menyediakan profil itu, namun ada juga yang kali pertama melihatnya.....kerana ketua keluarga ingin memberi impak yang maksima kepada ahli keluarga. Masing-masing dengan pendekatan masing-masing.

Biasalah, makan adalah saat terindah.......barbeque malam itu sungguh menggamit selera. Ada sungai,  cukup untuk mandi manda. Paling indah, sessi fotografi di akhir program. Unik rehlah kali ini, tetap memahat memori indah meningkatkan ukhuwah dan memenuhi amal Islami. ......kena cari laut juga rasanya........



Koleksi foto Rehlah Keluarga 2013 HALUAN Unit Rawang boleh didapati di sini ---> http://goo.gl/qutqBX

No comments :

Post a Comment