Remaja Sg Buloh, Rawang & Hulu Selangor di KMK 2010
17 – 19 Disember 2010 – Kem Paya Indah Wetlands. Kelab Remaja HALUAN atau KeArah telah mengendalikan Kem Minda Kreatif dengan kerjasama HALUANSiswa. Khemah kerja selama 3 hari 2 malam itu memberi input yang berguna kepada para peserta yang terdiri daripada remaja berumur 13 tahun hingga 17 tahun (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5).
Seramai kira-kira 25 peserta remaja dari daerah Sungai Buloh, Rawang dan Hulu Selangor telah dihantar ke kem ini. Proses pembentukan minda remaja ini perlu di susun perkembangannya. Justeru, kem seumpama ini mampu memberi input kreatif kepada remaja khasnya dalam menghadapi suasana yang pelbagai. Kemampuan fasilitator yang kesemuanya daripada HALUANSiswa berinteraksi dengan para peserta, memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar, harus diberi pujian. Namun segala puji itu hanyalah untuk Allah yang memberi kemampuan kepada mereka dalam misi dakwah dan tarbiyah yang tersemat di hati mereka.
Para peserta juga berpeluang merasai aksi ‘flying fox’ yang disebaliknya berjaya meletakkan rasa takut seharusnya hanya pada Allah. Acara berkayak dan ‘explorace’ telah meninggalkan kesan semangat berpasukan yang mendalam kepada para peserta.
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment