Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Gerbang Itu... Bukan Sekadar Gerbang


Gerbang Itu
Bukan Sekadar Gerbang
Gerbang Sengsara Bagi Gaza
Gerbang Keliru Bumi Mesir
Gerbang Tawa Zionis Terkutuk

Gerbang Itu
Bukan Sekadar Gerbang
Dulu Gerbang Itu Menghalang Suapan Anak Gaza
Dulu Gerbang Itu Melakar Terowong Harapan
Dulu Gerbang Itu Tidak Kenal Belas Dan Tangis

Gerbang Itu
Bukan Sekadar Gerbang
Kini Gerbang Itu Terkuak Buta
Kini Gerbang Itu Memanggil Dua Warga Bersaudara
Kini Gerbang Itu Mencabar Zionis Yang Masih Terkutuk

Sementara Diizinkan Allah
Gerbang Itu Membatu Sebegitu
Mari Kita Segarkan Bumi Gaza
Kita Rawat Duka Bumi Gaza
Gunakan Laluan Itu Semahunya
Kerana Segalanya Rindu Pada Kedamaian Gerbang Kaku
Kerana Zionis Yang Masih Dan Terus Terkutuk Itu
Mahu Menenggelamkan Layaran Lautan

Entah Bila
Membatu Gerbang Itu Kekal Sebegitu
Selagi Mesir Waras Berkira
Bahawa Gaza Adalah Warga Sekata

Gerbang Itu
Bukan Sekadar Gerbang


Genting Highlands
28/05/2011


Seminar Antarabangsa, Bantuan Kemanusiaan Dan Keamanan Untuk Gaza 2011


Telah redakah semangat kita?

Sudah lupakah akan kekejaman pengganas Israel kepada penduduk Palestin?
Lupakah kita bahawa Masjidil Aqsa masih teguh dan akan terus disitu?

Mungkin kita kian terlupa bahawa kita dan mereka yang cintakan kedamaianlah yang wajib mempertahankan semua itu.
Mari kita segarkan semua itu.

Di

Seminar Antarabangsa
Bantuan Kemanusiaan Dan Keamanan Untuk Gaza 2011
23 April 2011
8.00 am - 6.00 pm
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
(Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, klik tajuk 'entry' di atas)

Liputan dan Rakaman oleh :


Forum Khas Palestin Di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang


Rawang, 26 Februari – Sebuah Forum Khas Palestin anjuran Masjid Bandar Tasik Puteri dan HALUAN Malaysia telah berlangsung di masjid berkenaan dengan dihadiri kira-kira 200 ahli qariah Bandar Tasik Puteri dan juga Relawan HALUAN Malaysia yang menetap di situ. HALUAN Malaysia yang diwakili oleh HALUAN Rawang, Biro HALUAN Palestin dan Biro Relawan HALUAN telah menampilkan dua tokoh iaitu Tuan Hj Noorazman Mohd Shamsuddin dan Tuan Hj Solehuddin Shuib sebagai panel pada malam itu.
Forum yang bermula kira-kira jam 8.00 malam telah dipengerusikan oleh Tuan Nazir masjid iaitu Ustaz Eaidil bin Mat. Banyak berkisar tentang informasi terkini di Semenanjung Gaza dan kemelut kebangkitan rakyat di Timur Tengah menyaksikan forum yang berlangsung selama dua jam itu terus diikuti sehingga tamat.

Tuan Hj Solehuddin yang banyak menekankan sejarah bumi itu telah memperlihatkan betapa rantau itu dimanipulasi dengan jayanya oleh regim pengganas Israel. Hadirin didedahkan bagaimana perjanjian demi perjanjian dengan penguasa negara Arab telah memberi kemewahan hidup kepada regim pengganas Israel. Justeru tidak hairanlah fenomena kebangkitan rakyat yang berlaku hari ini adalah hasil daripada ketidakpuasan hati rakyat ke atas pemimpin negara mereka yang dengan jelas menjadi boneka regim pengganas Israel.

Tuan Hj Noorazman banyak membuat cetusan minda berhubung apakah peranan yang boleh kita lakukan dalam melihat isu Palestin dan TimurTengah sekarang ini. Tambah beliau, persediaan yang rapi perlu dibuat oleh masyarakat kita kerana kita telah lama hidup di dalam keselesaan. Dibimbangi dengan keselesaan itu, generasi manapun tidak akan mampu untuk mempertahankan walaupun tanah air sendiri apatah lagi di bumi Al Quds. Seterusnya beliau menyarankan diwujudkan sudut informasi di rumah-rumah atau di medan komuniti yang bersesuaian agar maklumat tentang Palestin atau apa sahaja yang berhubung dengan dunia Islam mampu tersalur.
Dengan tekad untuk menggembleng usaha di setiap peringkat agar
maklumat berhubung frotilla yang kedua nanti sampai ke semua peringkat. Bantuan dalam bentuk apa sahaja wajib kita hulurkan kepada saudara kita yang sedang mempertahankan Masjidil Aqsa. Di sudut hati muslim di seluruh dunia sewajarnya ada rasa bimbang dan menggenggam azam untuk membebaskan belenggu kekejaman regim pengganas Israel.

Laporan oleh:

Jejak Flotilla di Tamu Hill Park...


13 November 2010 – Jejak Flotilla terus melebarkan sayap menaburkan informasi terkini dan imbauan sejarah buat masyarakat. Kali ini bertempat di Surau At Taqwa Tamu Hill Park Batang Kali di daerah Hulu Selangor, Ketua konvoi flotilla dari Malaysia Tuan Hj Noor Azman Shamsudin berserta petugas HALUAN Palestin telah bertamu bersua rasa dengan penduduk setempat dalam misi memberi kesedaran berhubung isu Palestin.



Dihadiri lebih kurang 150 orang ahli qariah daripada pelbagai peringkat umur menyaksikan ruang maklumat berhubung isu Palestin terus segar dalam jiwa. Bumi Palestin selain kiblat pertama bagi umat Islam juga disebut berulang kali di dalam Al Quran menunjuk peri pentingnya Al Aqsa. Menyentuh perjuangan umat Islam Palestin mempertahan kemelut kelukaan itu; Tuan Hj Noor Azman menekankan bahawa sensitiviti umat Islam wajib sampai ke tahap meletakkan keyakinan betapa pentingnya mempertahankan rantau itu. Menyimpulkan saat ini merupakan kebangkitan ketiga rakyat Palestin dalam penentangan dan mempertahankan Al Aqsa sejak pendudukan haram zionis pada 1948 dan kini, pengganas zionis sedang berhadapan tidak sahaja umat Islam di Palestin malah masyarakat dunia keseluruhannya.


Flotilla Mavi Marmara adalah pemangkin kepada cetusan kesedaran masyarakat dunia tentang peri kejamnya zionis dan menayangkan babak intelek kebinatangan mereka menangani satu misi kemanusiaan yang langsung tidak membawa senjata untuk berlabuh di perairan Gaza. Babak kuno dan kejam mereka di perairan antarabangsa sehingga kini gagal untuk dibawa ke muka pengadilan. Ini menyaksikan betapa sistem kehidupan hari ini yang meminggirkan Al Quran dan As Sunnah sebenarnya gagal menangani isu hak asasi manusia. Sistem perundangan yang tersedia hari ini dengan tersusunnya menjaga kepentingan zionis secara tanpa sedar.

Menyentuh aspek keazaman, anak-anak Palestin sungguhpun serba kekurangan masih mampu untuk menghafal Al Quran dalam masa 2 bulan dan rencana pendidikan di bumi Palestin segar dengan menjadikan Al Quran syarat utama untuk kehadapan. Fenomena ini menjadikan jiwa mereka kental berbanding tentera zionis yang nyata lemah dan hanya berani berhadapan dengan penduduk Palestin dari belakang tembok yang mereka bina.


Misi yang seterusnya telah dirancang dan bakal menyaksikan gerombolan yang lebih besar akan memecah embargo kejam regim zionis. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam kekalutan zionis cuba mempertahan apa yang mereka rampas. Rancangan Israel Raya mereka bakal berhadapan penentangan total umat Islam. Namun begitu, sebagai umat Islam, kelukaan saudara kita di rantau perlu kita rasai yang dukungi agar langkah mereka akan tetap utuh. Berilah sumbangan dalam apa bentuk sekalipun hatta hanya doa yang tulus dan ikhlas.


Mengakhiri kunjungan di Tamu Hill Park, Tuan Hj Noor Azman menyeru agar kita semua terus mencari alternatif apabila berhadapan dengan produk yang terbukti memberi sumbangan langsung kepada ekonomi zionis Israel. Memperkenalkan minuman coklat Smylo yang diedarkan oleh HALUAN Palestin dan diuruskan dengan menyalurkan 30 peratus keuntungan kepada dana bantuan, sokongan dan pembangunan masyarakat penjaga bumi Palestin. - MEDIARAWANG

Kenyataan HALUAN - Pembunuhan Terbuka Di Laut Lepas MONDAY, 31 MAY 2010 20:37 ALKAHFI

Pembunuhan Terbuka Di Laut Lepas - Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean




KUALA LUMPUR, Mei 31: PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.



HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.



“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.



“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.



Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.


Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.



Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.


HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.

Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.



Siaran Media
Hubungi: Encik Amran Baharum
Telefon: (+6) 019-225 4105 /251 4105
Web : www.lifeline4gaza.org
Emel : media@lifeline4gaza.org
Mei 31, 2010



LAST UPDATED ( MONDAY, 31 MAY 2010 22:14 )

Di satu sudut dunia...


Di satu sudut dunia, penduduknya dimana-mana jerih mengharungi hidup. Tiada istilah kerehatan pada hari-hari yang dilalui. Ancaman, ledakan, ugutan dan kacau bilau adalah agenda harian yang terhidang tanpa dicari. Warganya amat aku kagumi. Majoritinya ada persediaan roh dan mental. Fizikal itu kurniaan Tuhan yang tidak perlu kita persoal. Di situ ada Masjidil Aqsa. Tanah suci kita umat Islam yang ketiga sesudah BaitulLah dan Masjid Nabawi. Mereka menjadi benteng hidup mempertahankan Masjid itu.


Bangsa yang memerah memang diketahui kejam kepada umat Muhammad s.a.w lebih 60 tahun mereka mengatur, melaksana dan terus-terusan berusaha menghancurkan Masjidil Aqsa serta warga darah tumpahnya. Bumi Palestin dirampas hingga tinggal sekelumit. Aksi mereka rakus menidakkan haq penduduk di situ. Setiap hari mereka mengusir dan merobohkan rumah-rumah penduduk warga Palestin lalu membangunkan penempatan mereka. Anak-anak mereka diasuh membenci warga asal tanah itu.

Seluruh mata di dunia tahu dan melihat fenomena berdarah ini. Cuma daripada sisi mana ungkapan kekejaman ini dilihat, bakal menjadi pemisah sensitiviti antara kita. Semua bersetuju, kekejaman itu mesti dihentikan……..tetapi bagaimana? Apa caranya? Siapa yang harus memulakan? Dikesibukan memikirkan ini, warga itu terus dihujani peluru dan kegetiran mereka masih di situ.

Di satu sudut yang lain, aku melihat mereka merancang, membantu sedaya yang mampu, mengumpul tabungan dari watan yang dermawan tanpa mengira bangsa dan agama. Di sudut itu aku kagum dan tahu, kita bersatu ingin membantu warga Palestina tercinta. Lifeline 4 Gaza………keluarlah para dermawan, sedikit sumber yang kita ada sesungguhnya milik mereka yang memerlukan.