Showing posts with label Forum. Show all posts
Showing posts with label Forum. Show all posts

Mari Bina Kerajaan Hati..........


Tarbiah atau pendidikan adalah fitrah dambaan hati. Hati yang dididik akan sentiasa awas dalam kehidupan. Hati yang terdidik sering tidak menghampakan dalam serba serbi tindakan. Hati yang mendidik hati-hati lain akan lestari dalam hubungan sesama manusia dan andai didikan itu adalah seperti yang ditunjukkan Rasulullah dan disyariatkan Allah maka bertambah mekarlah kecintaan kepada Allah Rabbul Jalil. Ringkasnya, hati itu terlalu berperanan dalam mencorak karektor insani.

Berjaya menawan hati-hati manusia akan lebih mempunyai impak yang besar berbanding undian yang diperolehi di dalam pilihanraya. Realitinya mungkin undi itu dilihat sebagai laluan yang membolehkan sebuah kerajaan terbentuk di dalam amalan demokrasi. Namun kita begitu sedar bahawa bukan amalan demokrasi itu satu-satunya cara untuk sesebuah kerajaan terbentuk. Andaikata sebuah kerajaan telah terbentuk tetapi hati-hati rakyatnya melihat kebejatan yang diamalkan maka diketika itu tertolaklah pada asasnya kerajaan tersebut dan berjalanlah kerajaan tersebut atas dasar teknikal dan perlembagaan yang seringkali menjadi perisai sesebuah kerajaan melalui sistem yang ada. Soalnya, apabila hati menolak tetapi tiada apa yang boleh dilakukan, maka kewarasan akal dan fikiran akan menjadi medan perkiraan. Begitulah tabiat hati apabila dikawal oleh sistem yang ada pada hari ini.

Seorang murabbi mampu menjadi pendidik, namun tidak semua pendidik itu adalah murabbi. Menebarkan jaringan Islami menuntut kerendahan hati, tinggi pekerti, akhlak yang cemerlang, teladan yang mantap, semangat yang ibarat air yang mengalir – tetap mengalir meski diempang dari sudut mana sekalipun -, dikelilingi rakan yang lestari mata fikir dan iman yang mantap. Mereka ini mampu menakluk hati dan membina kerajaan hati.

Forum Khas Palestin Di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang


Rawang, 26 Februari – Sebuah Forum Khas Palestin anjuran Masjid Bandar Tasik Puteri dan HALUAN Malaysia telah berlangsung di masjid berkenaan dengan dihadiri kira-kira 200 ahli qariah Bandar Tasik Puteri dan juga Relawan HALUAN Malaysia yang menetap di situ. HALUAN Malaysia yang diwakili oleh HALUAN Rawang, Biro HALUAN Palestin dan Biro Relawan HALUAN telah menampilkan dua tokoh iaitu Tuan Hj Noorazman Mohd Shamsuddin dan Tuan Hj Solehuddin Shuib sebagai panel pada malam itu.
Forum yang bermula kira-kira jam 8.00 malam telah dipengerusikan oleh Tuan Nazir masjid iaitu Ustaz Eaidil bin Mat. Banyak berkisar tentang informasi terkini di Semenanjung Gaza dan kemelut kebangkitan rakyat di Timur Tengah menyaksikan forum yang berlangsung selama dua jam itu terus diikuti sehingga tamat.

Tuan Hj Solehuddin yang banyak menekankan sejarah bumi itu telah memperlihatkan betapa rantau itu dimanipulasi dengan jayanya oleh regim pengganas Israel. Hadirin didedahkan bagaimana perjanjian demi perjanjian dengan penguasa negara Arab telah memberi kemewahan hidup kepada regim pengganas Israel. Justeru tidak hairanlah fenomena kebangkitan rakyat yang berlaku hari ini adalah hasil daripada ketidakpuasan hati rakyat ke atas pemimpin negara mereka yang dengan jelas menjadi boneka regim pengganas Israel.

Tuan Hj Noorazman banyak membuat cetusan minda berhubung apakah peranan yang boleh kita lakukan dalam melihat isu Palestin dan TimurTengah sekarang ini. Tambah beliau, persediaan yang rapi perlu dibuat oleh masyarakat kita kerana kita telah lama hidup di dalam keselesaan. Dibimbangi dengan keselesaan itu, generasi manapun tidak akan mampu untuk mempertahankan walaupun tanah air sendiri apatah lagi di bumi Al Quds. Seterusnya beliau menyarankan diwujudkan sudut informasi di rumah-rumah atau di medan komuniti yang bersesuaian agar maklumat tentang Palestin atau apa sahaja yang berhubung dengan dunia Islam mampu tersalur.
Dengan tekad untuk menggembleng usaha di setiap peringkat agar
maklumat berhubung frotilla yang kedua nanti sampai ke semua peringkat. Bantuan dalam bentuk apa sahaja wajib kita hulurkan kepada saudara kita yang sedang mempertahankan Masjidil Aqsa. Di sudut hati muslim di seluruh dunia sewajarnya ada rasa bimbang dan menggenggam azam untuk membebaskan belenggu kekejaman regim pengganas Israel.

Laporan oleh: