Showing posts with label ZIARAH. Show all posts
Showing posts with label ZIARAH. Show all posts
Nasi Arab...Kari Kambing....Ziarah Tarbawi
Khazman Abkari
Ziarah tarbawi keluarga HALUAN unit Rawang kembali mengambil
ruang ukhuwah di Hulu Selangor. Kali ini, rombongan bertamu ke mahligai Ustaz
Khairi bertempat di Behrang Station........mmmm....bunyi seperti melangkau
jajahan....tetapi itulah hakikat HALUAN di Hulu Selangor. Tidak lama lagi kami
hendak berlabuh ke Teluk Intan.....mencari penulis muda Saudara Ali
Irfan......meluaskan jajahan.
Ustaz Khairi dan keluarga ‘diserang’ dengan nasi Arab dan
kari kambing sentuhan Encik Ahmad Bahari dan isteri berserta lain-lain juadah
daripada tetamu yang hadir. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.....memang
membukit juadah atau rezeki tengahari itu.
Begitulah ukhuwah, melengkapi perjalanan dakwah dan tarbiah.
Jiwa-jiwa mereka yang mengungguli faham Islam dalam kehidupan dan menggenggam
pembentukkan individu muslim pasti dahagakan ukhuwah yang sentiasa direnjis
kesegaran.
Ziarah seterusnya di istana Ustaz Zaid.......atau mungkin ‘house
warming’ di rumah Muhammad Hasan dan Ummu Ilyani.....mmm...yang mana satu ni?
Ziarah Ukhuwwah Menyusuri Sungai Buaya...
Khazman Abkari
Program ziarah keluarga bulan ini bertamu di Sungai Buaya. Menjadi tuan rumah adalah Hasanah dan suami. Diserikan dengan kesyukuran atas ulang tahun kelahiran bagi Puan Pengetua SAMER iaitu Pn Siti Romziah... yang ke... (maaf, tiada maklumat buat masa ini). Kek khas telah disumbangkan oleh InHouseCakes... (boleh layari inhousecakes.blogspot.com) berserta pulut kuning dan ayam golek. Program santai sebulan sekali ini memang ditunggu-tunggu oleh kesemua warga HALUAN Rawang. Majlis yang bermula kira-kira jam 3 petang telah bersurai selepas solat Asar bersama. Misi peningkatan ukhuwwah ini menjadi sesuatu yang amat penting kerana ianya adalah kekuatan yang perlu dijana. Sesungguhnya, dakwah dan tarbiah itu amat memerlukan hati-hati yang bertaut dalam ukhuwwah yang diusahakan di hampir setiap ketika dan saat. Mari bertemu lagi dalam Kembara Ziarah di bulan Mei...
Liputan dan Rakaman oleh:
Ziarah Tarbawi 3... S.R.I.K, semoga Allah permudahkan...
Khazman Abkari
31 Ogos 2010 – Rawang. Ziarah Tarbawi disuburkan lagi dan kali ini HALUAN Rawang menerima kunjungan sahabat-sahabat dari KL Utara atau Gombak. Seperti biasa bersesuaian dengan Ramadhan Kareem yang berbaki beberapa hari, iftar dan solat bersama adalah wadah terindah dalam memupuk ukhuwwah dan kemesraan. Menu utama iaitu Nasi Ayam yang menjadi juadah kegemaran dan mudah serta ringkas bagi tetamu kehormat kali ini.
Resam bersahabat dan bersatu dalam jalan dan fokus yang sama, ada sahaja perkara yang mahu dikongsi. Itulah keajaiban kerja-kerja Islam. Melahirkan tautan hati yang sukar untuk dihuraikan andai ada yang bertanya. Gerak dan gaya bahasa yang penuh terdidik dalam menyemai rasa kebersamaan sekalipun buah bicara bertajukkan perkara umum namun selingan yang datang daripada lanskap sentuhan tarbawi yang amat terjaga dan sesiapa yang mendengar pasti tahu bahawa itu bukan perkara yang sia-sia.
Sasaran perbelanjaan adalah di sekitar RM1.5 juta. Atas laluan ini Jabatan Agama Islam Selangor telah meluluskan dan membenarkan agar sumbangan kewangan daripada masyarakat boleh dikutip dan disalurkan terus kepada SRIK bagi membangunkan keperluan yang murni ini. Kutipan dana serta pertukaran kupon sumbangan sedang diusahakan. Selain itu, sumbangan terus juga boleh dilakukan ke akaun :
PEMBANGUNAN SEKOLAH RENDAH IBN KATHIR
NO AKAUN : 14032010020064 Bank Islam Malaysia Bhd
SEKOLAH RENDAH IBN KATHIR
NO AKAUN : 564221612554 Malayan Banking Berhad
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” Al Hadid, ayat 18
Bersempena dengan Ramadhan 1431H yang sedang kita lalui ini, suburkan fokus amal ibadah kita lebih-lebih lagi dalam mengeluarkan wang atau harta, mudah-mudahan jariah yang terbina itu menjadi bekalan amal kebajikan yang berterusan buat kita. Cari ruang-ruang mengisi redha serta keampunan Allah di setiap ketika. Institusi pendidikan untuk anak-anak ini adalah satu keperluan. Mari kita usahakan keperluannya bersama. Iftar dan ziarah kali ini meninggalkan tugasan yang ingin dipikul bersama. Semoga Allah permudahkan.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)


