Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Ziarah Ukhuwwah Menyusuri Sungai Buaya...


Program ziarah keluarga bulan ini bertamu di Sungai Buaya. Menjadi tuan rumah adalah Hasanah dan suami. Diserikan dengan kesyukuran atas ulang tahun kelahiran bagi Puan Pengetua SAMER iaitu Pn Siti Romziah... yang ke... (maaf, tiada maklumat buat masa ini). Kek khas telah disumbangkan oleh InHouseCakes... (boleh layari inhousecakes.blogspot.com) berserta pulut kuning dan ayam golek. Program santai sebulan sekali ini memang ditunggu-tunggu oleh kesemua warga HALUAN Rawang. Majlis yang bermula kira-kira jam 3 petang telah bersurai selepas solat Asar bersama. Misi peningkatan ukhuwwah ini menjadi sesuatu yang amat penting kerana ianya adalah kekuatan yang perlu dijana. Sesungguhnya, dakwah dan tarbiah itu amat memerlukan hati-hati yang bertaut dalam ukhuwwah yang diusahakan di hampir setiap ketika dan saat. Mari bertemu lagi dalam Kembara Ziarah di bulan Mei...

    


Liputan dan Rakaman oleh:


Teluk Senangin, Biarkan Gambar Itu Berbicara.....












Bayu Teluk Senangin.... menyegarkan ukhuwwah


Alhamdulillah, sempurna sudah rehlah yang dirancang dan tentu sekali meninggalkan memori dan rasa dalam usaha mencari keredhaan Allah. Sungguh amat kagum dengan kesungguhan yang diperlihatkan oleh para sahabat dan sahibah dalam menguruskan diri, keluarga, ukhuwwah antara kita, ukhuwwah antara keluarga, ukhuwwah dengan masyarakat......terima kasih kepada En Yahya.......pengusaha chalet Sri Senangin Village atas kemudahan yang munasabah dan mengundang sejuta didikan atas makna persefahaman dan 'survival' hidup yang sekali sekala perlu dirasai.

Kita amat bertuah kerana di ketika yang sama keluarga dari Perlis juga ber'Family Day' di tempat yang sama. Banyaklah pertemuan yang tidak terduga menyemarakkan lagi kuntum ukhuwwah. Tersenyum sendirian apabila kita dipelawa Cikgu Abduh untuk berenang di sepanjang teluk...... baik juga susunan Allah apabila urusetia riadah memerah keringat kita yang ada untuk bermain bola hampir 50 minit...... yang berkesudahan dengan keputusan seri 4-4 di waktu permainan dan 3-3 dalam sepakan penalti......... membolehkan alasan itu diberi untuk tidak ikut berenang dengan singa riadah utara itu. Rasanya suatu hari nanti kita mesti tak boleh beri alasan lagi.

Sessi kenal mesra di sepanjang rehlah kali ini benar-benar meningkatkan rasa kebersamaan. Sungguhpun singkat waktu yang tersedia buat kita namun ruang itu telahpun kita penuhi dan manfaatkan. Katibah di malam hari menyaksikan kasih dan sayang sahabat mengambil tempat sahabat yang lain untuk membuat kawalan terserlah........ "tapi lain kali kena kejutkan jugak tu", sebab tentu sekali sahabat hajatkan latihan yang berlainan suasana di waktu rehlah.

Perjalanan pulang memberikan didikan dan ujian daripada Allah, masalah kenderaan dan yang lainnya itulah kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bila 'next' rehlah ye???

Bina Ukhuwwah Dengan Rehlah......


Tema Rehlah kali ini adalah :
"BINA UKHUWWAH DENGAN REHLAH'
Idea spontan Cikgu Hamilah telah dipilih bagi menceriakan rehlah kali ini.
Tahniah atas kesungguhan serta idea yang 'terlalu' banyak walaupun sakit tekak.

Tarikh : 12 - 13 Februari 2011
Tempat : Pantai Teluk Senangin, Lumut, Perak.

Jawatankuasa kerja HALUAN Rawang
mengucapkan selamat menjalani rehlah ini sebagai ibadah
dan mudah-mudahan sentiasa di dalam rahmat Allah.



Terbitan :