Showing posts with label Pemuda. Show all posts
Showing posts with label Pemuda. Show all posts

Sukan HALUAN Zon Tengah 2011


Pasukan Futsal Pemuda HALUAN Rawang telah berpeluang beraksi di kejohanan Sukan Zon Tengah yang telah berlangsung di 2 lokasi iaitu di Taman Tasik Titiwangsa dan Pusat Sukan di Wangsa Maju, Setapak. Sukan ini menemukan anggota HALUAN dari Wilayah Tengah (Selangor , Wilayah Persekutuan dan Putrajaya), Negri Sembilan, Melaka dan Johor.

Kejohanan selama sehari ini melibatkan acara bola tampar, futsal, ping pong dan badminton. Penglibatan golongan muda amat ketara di kejohanan kali ini, demikian menurut Pengarah Kejohanan . Islam itu meliputi segenap perkara. Kecergasan tubuh badan adalah sebahagian daripada tuntutan dan keperluan jasad sebagai mukmin dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini…

SUKAN ZON TENGAH YANG BERLANGSUNG PADA 15 MEI 2011








ACARA UNTUK VETERAN :

EMPAYAR : HARI NI KITA MAIN DUA SET...SATU SET KIRAAN 21 MATA...

SHBT VETERAN 1 : UIH ! BANYAKNYE...

SHBT VETERAN 2 : KURANG LA SIKIT...





Related Video:


Di senja itu kita berbicara... kita dan pemuda


Dipersembahkan tugas dan peluang untuk bersama para pemuda telah menyajikan lanskap irama yang berseni ribuan kerlipan yang mendidik. Selain diri rasa muda dan bertenaga, kita akan disentuh kepelbagaian aksi dan lonjakan hati yang mengujakan. Itulah resmi yang muda, sering ingin mencuba apa sahaja sekalipun penuh risiko. Memenuhi hajat mereka ibarat mencerap cahaya matahari… tidak akan pernah habis, hanya terpendam bila mentari melabuhkan jangkauannya. Mereka ini perlu dibimbing, membiarkan mereka ibarat membiarkan generasi selepas ini bagai unggas yang berterbangan tanpa arah dan tujuan. Mereka ada arah dan tujuan mereka sendiri, namun perlu kita pimpin dan bawa mereka bersama ke persada realiti.

Kita sering melemparkan kata sumbang apabila perlakuan salah atau tidak berpekerti terjelma daripada kelompok mereka yang muda ini. Andai segala usaha telah kita bentangkan bermula daripada kefahaman Islam mereka, praktik hidup Islam mereka, pendidikan roh yang mereka miliki, kelas-kelas pengajian Islam sebagai cara hidup juga telah kita sediakan, riadah jasmani mereka, hubungan dengan alam ciptaan Allah juga kita seimbangkan dan segala sudut kehidupan Islam telah kita hidangkan kepada mereka, maka kita juga akan penuh yakin sambil bermunajat agar hidayah Allah Azzawajalla dicampakkan kepada mereka.

“SubhanAllah…banyaknya yang mesti kita sampaikan kepada mereka.” hati lantas berbisik. Sudah tentu banyak yang perlu dilakukan kerana yang mahu dididik itu adalah hati dan hati serta segalanya adalah milik Allah… bukan milik kita.

Orang Muda Jadilah Pemburu....bukan diburu


Orang muda biasanya bertenaga dalam serba serbi perlakuannya, mindanya, kemahuannya terhadap apa sahaja, tindakbalas atas tugasannya atau kerjanya atau tanggungjawabnya. Kebiasaan ini ada di mana-mana, tidak mengira budaya apa yang dibawanya, agama apa yang diyakininya malah walau siapapun orang muda itu. Asal sahaja muda, merekalah bual bicara kita kali ini.

Acap kali kita mengharapkan bahawa golongan muda ini berperanan membantu aktiviti teras yang dirancang dan dibuat oleh golongan yang ‘tidak lagi muda’. Memang itulah yang kita harapkan namun perlu dielakkan mengharap sepenuhnya kerana mereka juga ada peranan yang perlu dijalankan. Apakah peranan golongan muda ini ? Peranan mereka terlalu banyak dan teramat penting. Kesejahteraan Negara, keharmonian masyarakat, kekuatan ummah malah segala-galanya akan ada palitan sentuhan mereka. Istimewanya orang muda ini; lebih-lebih lagi yang mempunyai asas fikrah atau kefahaman Islam; mereka ini selalunya diam tetapi penuh isi. Apabila diberi amanah atau tugasan, mereka akan segera berfikir dan menumpah penuh kreatif dalam gerak kerja. Seharusnya begitu mereka ini.

Kelesuan mereka terkadang bukanlah kemahuan mereka, tetapi daripada hasil didikan yang mereka resapi. Didikan dalam sistem kehidupan hari ini terlalu memanjakan golongan anak-anak dan remaja sehinggakan mereka tidak terdedah dengan ‘survival’ atau ikhtiar hidup yang kreatif dan berlumba mencipta sesuatu. Jadilah mereka selaku generasi pengguna yang tegar, taksub serba serbi terhadap aplikasi yang bertabur di dalam pasaran. Bukanlah salah mereka menjadi pengguna, tetapi alangkah untungnya andai mereka mencurahkan fikir membangun atau membentuk sesuatu yang baru untuk Islam, ummah dan Negara.

Lalu bagaimana mahu dididihkan tenaga mereka ini ? Sediakan pentas sebanyak mungkin, saksi dan pimpin mereka mengharungi idea mereka. Berikan amanah lantas pantau perlaksanaannya. Beri input fikrah secukupnya agar apa yang mereka curahkan akan menjadi mesra fikrah, dakwah dan tarbiyah yang dibawa. Seperti yang kita fahami, kerja-kerja Islami itu perlu seiring dengan dakwah dan tarbiyah. Begitulah juga golongan yang muda, mereka perlu kita seiringkan dalam setiap gerak kerja. Perbanyakkan musyawarah dengan mereka agar mereka tersedar bahawa mereka adalah sebahagian daripada kehidupan Islami yang sedang kita lalui. Fahamkan kepada mereka bahawa kehidupan hari ini sebenarnya terlalu jauh daripada praktik Islami yang ditunjukkan Rasul. Ertikan kepada mereka bahawa telah sampai masa untuk kita ‘transform’ segala yang ada menurut cermin Islami. Jadilah pemburu amal kebaikan serta pahala dan jangan sekali-kali diburu kemungkaran serta dosa yang meruntuh rentak muda.

Jika ada idea atau cetusan minda daripada golongan muda, selalunya reaksi golongan yang ‘tidak lagi muda’ akan pelbagai. Sekalipun kita tiada hak menyusun santun perilaku sesiapa sahaja, namun jika kita ada cita-cita membina golongan muda yang kreatif dan berinovasi, bimbinglah mereka, pimpinlah mereka. Sambut idea golongan muda persis ianya sepenting idea Perdana Menteri. Kebiasaannya, golongan muda yang ada sentuhan kefahaman Islam yang menyeluruh akan berhati-hati dalam memberi idea. Cuma, jika terlalu berhati-hati maka kita tidak akan mendengar idea daripada mereka. Didik agar mereka serba serbi kritis pada tempatnya, berlumba mencipta apa sahaja yang mendatangkan pahala atau cerdas ruhi dan sentiasa bersedia melaksanakan apa sahaja kerja-kerja Islami.

Kembali melihat perihal pemburu dan yang kena buru; usahakanlah menjadi pemburu pahala agar kelak nanti bercambah idea dan kesungguhan dalam setiap pekerjaan. Elakkan menjadi sasaran buruan kerana kita akan penat menepis perkara yang merugikan sedang kita sepatutnya kepenatan mencari taqwa agar nanti menjadi sebab dipilih Allah ke syurga Firdausi.