Showing posts with label Bicara. Show all posts
Showing posts with label Bicara. Show all posts
Bicara Kedai Kopi...
Khazman Abkari

Di ribuan ketika, apabila kita bicara soal kehidupan dan rencah mengharunginya, kita sering cuba membelok mencari bicara lain ataupun mungkin menjeling jambangan perhentian yang kita anggap selesa… Jika boleh seolah tidak mahu bicara soal bagaimana harus kita harungi hidup ini. Dalam hati mungkin tertanam; “Ah! Biar saja kehidupan ini berlalu semahunya, asal saja kita punya kekuatan pada diri, pasti mampu kita harungi sebaiknya.”
Segalanya berbunyi mudah, tetapi benarkah semuanya mudah?? Minggu ini kita ingin bicara langsung memperteguhkan bahawa di dalam kehidupan ini, kita wajib untuk punyai matlamat. Kita mulakan dengan matlamat awal. “Eh! Tak tau pulak ada matlamat awal… hmmm, kalau begitu mesti ada matlamat akhir. Awal dan akhir, macam lagu pulak… ok, ok, serius.” “Masih lagi nak belok sana sini? Kita kena kerap lagi bersarapan bersama kalau macam ni…”
Kita sama-sama meyakini yang kehidupan kita ini, setelah kita faham perihal keimanan, pasang dan surutnya dalam diri dan kepentingan ukhuwwah adalah aspek dakwah dan tarbiah. Seiring dengan semua itu, kita perlu punya matlamat! Benar, matlamat awal. Apa matlamat awal kita? “Wah! Tekunnya mendengar ? ‘Order’ lagi air tu…giliran saya belanja hari ni kan?” usik saya. “Roti telur boleh?...” "Boleh, apa salahnya...”
Matlamat pertama, perlu ada matlamat membentuk kesedaran dan kefahaman Islam. Segala yang kita lakukan, tidak mengira siapa sekalipun perlu ada matlamat ini. Sebagai suami, kita perlu ada matlamat ini paling tidak dengan isteri dan anak-anak. Sebagai isteri, perlu berkongsi matlamat ini dengan suami dan anak-anak. Sebagai anak, perlu berkongsi matlamat ini dengan adik beradik serta ibu dan ayah. Sebagai ketua jabatan, perlu ada matlamat ini bersama anak buah di pejabat. Begitulah seterusnya dalam hiraki apapun walau di mana pun kita berada. Ringkasnya, matlamat ini perlu kita kongsikan dengan semua yang bernama manusia. Menghayati konsep ini seharusnya tidak mempunyai batasan masa. Imam Hassan Al Banna pernah menyatakan agar matlamat ini diperlihatkan dalam semua hal. Semasa bekerja, bekerja bersungguh-sungguh dan rajin. Masa belajar, mesti tekun. Beribadah dengan penuh tawadu'. Berdakwah dengan penuh ikhlas dan jujur. Semasa bermain, bermain dengan bersungguh-sungguh. Maka masyarakat dapat menyaksikan Islam dalam kehidupan mereka. Firman Allah, dalam Surah Al Baqarah ayat 143:
“Begitulah Kami jadikan kamu umat pilihan supaya tindakan kamu
mempersaksikan kepada orang lain dan Rasul itu mempersaksikan kepada kamu
(tentang kecontohan Islam).”
mempersaksikan kepada orang lain dan Rasul itu mempersaksikan kepada kamu
(tentang kecontohan Islam).”
Orang mukmin mesti mengambil contoh daripada Rasulullah saw kemudian mencontohkannya kepada orang lain. Ini bermakna semua tindakan kita menjadi contoh atau model kepada orang lain. Jika amalan kita tidak membawa kepada matlamat ini meskipun gigih dan mengorbankan wang yang banyak, maka ia dikira amal yang kecil kekuatannya. “Selama ni tak de ke suasana membentuk kesedaran dan kefahaman Islam ni??” sambil menyuap potongan roti telur terakhir. “Bagus soalan tu…”
Membentuk kesedaran dan kefahaman ini berbeza dengan memberi ilmu semata-mata. Ramai orang memiliki ilmu Islam tetapi tiada kesedaran dan kefahaman maka tinggallah hukum hakam atau teras ilmu itu tanpa dilaksanakan. Tanpa kesedaran dan kefahaman ini, mereka yang mempunyai ijazah dalam pengajian Islam pun akan hanyut dalam suasana di sekeliling mereka. Pembelajaran amat memerlukan didikan atau tarbiah, tanpanya hampir tidak hadir kesedaran dan kefahaman tentang Islam. “Hmmm… kritikal juga matlamat ni, nak kena ‘start’ ni... Dik, air suam satu! Rasanya kena mula dengan diri sendiri dulu ni…” “Eh! Takkan air suam je. Bila terdetik kata nak ‘start’, maka di situ hadir matlamat yang kedua.”
Matlamat yang kedua adalah; membentuk asas-asas Islam. Apa dia asas-asas Islam ? Itu adalah kumpulan-kumpulan kecil individu-individu Islam yang faham matlamat yang pertama tadi. Asas-asas ini perlu wujud di merata tempat. “Macam kita la ni… dik air suam tak sampai lagi” tingkah yang bersahaja. “Mmm…boleh, kita pun selalu berbincang hal ini, kita pun selalu bertandang ke rumah masing-masing dengan keluarga masing-masing dan kita pun berusaha untuk menyempurnakan matlamat pertama tadi. Takpe matlamat kedua ni kita sambung di waktu lain.” kata saya meredakan semangatnya.
Di senja itu kita berbicara... kita dan pemuda
Khazman Abkari
Dipersembahkan tugas dan peluang untuk bersama para pemuda telah menyajikan lanskap irama yang berseni ribuan kerlipan yang mendidik. Selain diri rasa muda dan bertenaga, kita akan disentuh kepelbagaian aksi dan lonjakan hati yang mengujakan. Itulah resmi yang muda, sering ingin mencuba apa sahaja sekalipun penuh risiko. Memenuhi hajat mereka ibarat mencerap cahaya matahari… tidak akan pernah habis, hanya terpendam bila mentari melabuhkan jangkauannya. Mereka ini perlu dibimbing, membiarkan mereka ibarat membiarkan generasi selepas ini bagai unggas yang berterbangan tanpa arah dan tujuan. Mereka ada arah dan tujuan mereka sendiri, namun perlu kita pimpin dan bawa mereka bersama ke persada realiti.
Kita sering melemparkan kata sumbang apabila perlakuan salah atau tidak berpekerti terjelma daripada kelompok mereka yang muda ini. Andai segala usaha telah kita bentangkan bermula daripada kefahaman Islam mereka, praktik hidup Islam mereka, pendidikan roh yang mereka miliki, kelas-kelas pengajian Islam sebagai cara hidup juga telah kita sediakan, riadah jasmani mereka, hubungan dengan alam ciptaan Allah juga kita seimbangkan dan segala sudut kehidupan Islam telah kita hidangkan kepada mereka, maka kita juga akan penuh yakin sambil bermunajat agar hidayah Allah Azzawajalla dicampakkan kepada mereka.
“SubhanAllah…banyaknya yang mesti kita sampaikan kepada mereka.” hati lantas berbisik. Sudah tentu banyak yang perlu dilakukan kerana yang mahu dididik itu adalah hati dan hati serta segalanya adalah milik Allah… bukan milik kita.
Ukhuwwah dan kepemimpinan.......
Khazman Abkari
Pimpin, , memimpin, dipimpin, pimpinan, pemimpin dan kepemimpinan berasal daripada tunjang kata asal iaitu pimpin. Menyebutnya mudah namun membawa tanggungan atau bebanan yang berat tidak terperi. Dalam diri insan telah terpahat unsur ini yang tidak dapat dihindari. Paling tidak, tanggungjawab ini adalah kepada diri sendiri. Atau mungkin juga kepada tanggungan seperti ibu, bapa, isteri serta anak-anak serta sesiapa sahaja yang terdekat. Atau mungkin kepada kumpulan kecil. Atau mungkin juga kepada organisasi yang besar. Atau mungkin kepada masyarakat, orang ramai atau Negara.
Firman Allah, “Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya,” (Al Muddatsir ayat 38).
Jelas bahawa setiap daripada kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri. Paling tidak kita akan memimpin diri kita ke jalan yang membawa redha Allah. Itu bukanlah fenomena mudah apatah lagi apabila memimpin sebuah organisasi yang besar dan penuh
tanggungjawab. Bimbang andai tidak termampu memikul tanggungjawab adalah jatidiri yang mulia. Namun tidak kurang juga yang mencari-cari dan meminta-minta tanggungjawab itu dan kebiasaannya mereka ini mempunyai agenda kepentingan mereka sendiri.

Firman Allah,” Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)? “ (Al Qiyaamah ayat 36)
Sisi yang menakutkan adalah apabila dipertanggungjawabkan di hadapan
Allah kelak. Tidak mengira peringkat umur, asal sahaja pemimpin,
inilah kebimbangan yang men
gandungi seribu asas. Namun seseorang perlu menjadi pemimpin dan kepemimpinannya amat ditagih. Pemimpin sebegini selalu memohon petunjuk daripada Allah, setiap kata diiringi solat sunat
yang tidak putus-putus. Tidak mudah mengeluarkan arahan tetapi kata dan nasihatnya adalah apa yang disabda Nabi dan diperintah Allah. Misi dan visinya jelas disetiap langkah.
yang tidak putus-putus. Tidak mudah mengeluarkan arahan tetapi kata dan nasihatnya adalah apa yang disabda Nabi dan diperintah Allah. Misi dan visinya jelas disetiap langkah.
Di kalangan kita ada ramai pemimpin. Bila tiba 
saat dan ketika, jiwa pemimpin itu perlu zahir. Kerana di situ ada peranan yang tersedia. Langkah ummah hari ini semakin menjurus, kita tidak punya banyak pilihan melainkan ke syurga. Bersamalah kita dengan pemimpin yang kita yakini mampu memimpin kita kepada redha Allah. Bergandinglah dengan mereka kerana banyak ilmu yang mampu kita pelajari apabila bersama mereka. Pemimpin yang bijak kebiasaannya adalah pendengar yang sabar, mampu menelan teguran dan menghamburkan idea dan pendapat yang bernas. Pemimpin yang soleh tidak pernah minta disanjung malah sentiasa mesra bersama

Tidak perlu melihat sekeliling, mencari susuk tubuh mana yang diperkatakan kerana kesemua keterampilan itu seharusnya menjadi keperibadian kita sebagai pemimpin diri sendiri.
2 Perspektif
Khazman Abkari
Perspektif 1 – Daerah Hulu Selangor
- P094 – 1 Kerusi Parlimen
- 64500 orang pemilih berdaftar
- 1 Pegawai Pengurus, 7 Penolong Pegawai Pengurus, 1343 orang Petugas, 48 Pusat Mengundi, 136 Saluran Mengundi
- Penamaan 17/4/2010, Pengundian 25/4/2010
Perspektif 2 – Daerah Hulu Selangor
- Daerah yang terletak di utara negeri Selangor dan unit Rawang diberi kesempatan untuk mempromosi HALUAN di daerah tersebut.
- Lebih kurang 100,000 orang penduduk, 13 mukim
- 1 Majlis Daerah, 1 Hospital, >47 buah sekolah, 4 IPT (termasuk UPSI….berjiran)
- 1 Pejabat, 1 Pengurus, 1 Penolong Pengurus, 6 Pemegang Amanah, Petugas…………, HALUAN unit Rawang mula beroperasi pada 2010.
Seorang Sahabat : “Mmmmmm….nak mula kat mana ye?”
Sahabat Yang Lain : “Eh!.....Apa yang difikirkan ni?”
Seorang Sahabat : “Tak,….. terfikir macamana kita nak promosikan
HALUAN di Hulu Selangor.”
Sahabat Yang Lain : “Tak susah akhi……..tak percaya tanya sahabat ni.”
(Sambil menunjuk kepada Sahabat Yang Satu Lagi……
pandai sahabat ni nak ‘escape’.)
Sahabat Yang Satu
Lagi : “Kita mula dengan diri kita sendiri la akhi, kemudian isteri
dan anak-anak. Kita dan keluarga adalah nadi dalam apa
jua yang kita lakukan. Mana mungkin iman kita sahaja
yang meningkat sedangkan ahli keluarga tidak. Jika itu
berlaku, maka di situ ada ruang-ruang yang wajib diisi dan
dibajai. Memberi erti kepada apa yang difahami khususnya
kepada ahli keluarga merupakan satu proses yang
berterusan.”
Seorang Sahabat : “Jelas. Melangkah berbekalkan iman.”
Sahabat Yang Lain : “Jawapan yang sama rupanya.”

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)