Tetamu pertama untuk Khidmat Musafir...
Pejabat HALUAN unit Rawang menerima tetamu pertama untuk Khidmat Musafir. Petugas mengatur selia kaunter untuk Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) di Masjid Wilayah yang bakal berlangsung Seminar Wanita dan pelbagai wacana Ilmiah dan kemasyarakatan pada 24 April 2010. Petugas yang tiba di Lembah Klang pada 23 April 2010, sehari sebelum acara berlangsung telah mengambil peluang untuk bermalam di pejabat HALUAN unit Rawang sebelum menyempurnakan tugas.Menyediakan pakej menarik sesuai dengan keperluan para musafir, HALUAN unit Rawang juga menyediakan nilai tambah kepada anggota HALUAN yang bermusafir atau bertugas di Lembah Klang. Pakej-pakej ini akan dilancarkan pada hari perasmian pejabat tidak berapa lama lagi.
Penyediaan ini akan memudahkan logistik dan tumpuan anggota HALUAN apabila bermusafir di Lembah Klang. Lokasi pejabat HALUAN unit Rawang yang strategik mampu memberi kemudahan kepada semua anggota yang datang dari utara dan timur Semenanjung Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment