LL4G Selamat berjuang......
8 Mei 2010 Shah Alam – Paska perhimpunan perdana ini menuntut setiap yang hadir atau yang tahu dan ingin tahu malah cuba-cuba ingin tahu ataupun tidak tahu langsung tentang konvoi kemanusiaan ke Gaza ini, menghadirkan minda dan rasa hati akan kekejaman yahudi memperlaku sesuka hati atas maksud merekalah yang berhak ke atas bumi Aqsa. Seringkali dirasakan, hambatan informasi seperti tidak sampai kepada manusia yang terbanyak. Ataukah, begitu besar jumlah yang mendengar hanya berteleku berbuat tidak tahu. Kritisnya perlu kita ajukan soalan ini, sedar atau tahukah kita bahawa bumi Aqsa itu memang milik umat Islam, ada peristiwa berlaku di sana.
Memang strategi pecah dan perintah oleh kolonial penjajah waktu lampau berjaya memecah belah manusia secara ‘tersusun’ dan dilihat rapi. Impaknya, kita terpisah secara banyak dan kamu negeri kamu, aku negeri aku. Sentuhan kebersamaan sudah semakin jauh hatta kamu beragama Islam dan aku beragama Islam. Praktik hidup Muslim itu memang mahu bersama kerana kita ada ukhuwwah, sesuatu yang selain daripada punya keyakinan Islam pasti tidak akan faham. Mendahulukan sahabat lebih daripada diri sendiri, adalah sesuatu yang asing pada manusia yang tiada didikan Rabbani.
Lantas bagaimana harus disuluh keberadaan kita sebagai seorang Muslim meminggir tanpa langsung sensitif akan isu ini. Sebagai manusia mereka dihalang dengan kekuatan tentera, dibunuh atas nama pengganas sedang merekalah mangsa keganasan, tanah tempat tinggal mereka sekian lama diambil atas dakwaan yahudilah bangsa yang yang lebih berhak. Mengapa bangsa Arab yang ada di sekeliling bumi Palestin hanya berdiam memerhati, itulah akibat cucukan kebendaan dan kemewahan dunia yang ditabur kepada mereka sekian lama oleh yahudi dan sekutunya, menjauhkan mereka daripada Al Quran.
No similar posts
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment