Khazman Abkari
Kepada;
Pemuda dan Pemudi,
Di Daerah Hulu Selangor
Siswa dan Siswi,
Di UNISEL, Darul Quran, UPSI
dan Politeknik Sultan Azlan Shah,
Seluruh Warga Kerja
HALUAN Unit Rawang
Mengucapkan Selamat Berkonvensyen
Di
KONVENSYEN BELIA RELAWAN HALUAN (KOBAR)
Dari
2 hingga 3 November 2013
BELIA BERSINERGI PEMANGKIN PERUBAHAN
Suatu Hari Yang Menggamit Memori.......Di Rehlah Tarbawi.........
Unknown
| Foto Kenangan: "Keluarga Besar" HALUAN Unit Rawang |
Hari itu kami berkumpul lagi, keluarga-keluarga kecil berhimpun menjadi keluarga besar, yang masih belum berkeluarga memerhati penuh hairan sambil tinggi minat akan gelagat ibu dan anaknya, ayah dan anaknya malah interaksi suami dan isterinya......minat sambil terdetik ......bila giliran aku...? Kali ini kita agak terasa seperti pergi berkursus. ....rehlah di perkarangan sebuah pusat latihan, institusi kerajaan negeri di Ulu Yam.
Ada yang memang telah tahu kerana bersama-sama menyediakan profil itu, namun ada juga yang kali pertama melihatnya.....kerana ketua keluarga ingin memberi impak yang maksima kepada ahli keluarga. Masing-masing dengan pendekatan masing-masing.
Biasalah, makan adalah saat terindah.......barbeque malam itu sungguh menggamit selera. Ada sungai, cukup untuk mandi manda. Paling indah, sessi fotografi di akhir program. Unik rehlah kali ini, tetap memahat memori indah meningkatkan ukhuwah dan memenuhi amal Islami. ......kena cari laut juga rasanya........

Koleksi foto Rehlah Keluarga 2013 HALUAN Unit Rawang boleh didapati di sini ---> http://goo.gl/qutqBX

Suatu Hari Yang Menggamit Memori.......Di Rehlah Tarbawi.....
Khazman Abkari
Hari itu kami berkumpul lagi, keluarga-keluarga kecil berhimpun menjadi keluarga besar, yang masih belum berkeluarga memerhati penuh hairan sambil tinggi minat akan gelagat ibu dan anaknya, ayah dan anaknya malah interaksi suami dan isterinya......minat sambil terdetik ......bila giliran aku...? Kali ini kita agak terasa seperti pergi berkursus. ....rehlah di perkarangan sebuah pusat latihan, institusi kerajaan negeri di Ulu Yam.
Ada yang memang telah tahu kerana bersama-sama menyediakan profil itu, namun ada juga yang kali pertama melihatnya.....kerana ketua keluarga ingin memberi impak yang maksima kepada ahli keluarga. Masing-masing dengan pendekatan masing-masing.
Ziarah Bersulam Ukhuwah..........KLU & KLANG
Khazman Abkari
Membina satu peradaban dan ketamadunan seperti yang pernah ditunjukkan Rasulullah bukanlah tugas yang mudah tetapi tidak juga mustahil kerana qudwahnya telah dipertontonkan. Peradaban dan ketamadunan kini tidak lagi berkiblat kepada binaan bangunan yang besar, lautan kemewahan yang memukau dan kemegahan materialistik dan duniawi yang dijaja kesegenap rasa insan.
Peradaban dan ketamadunan selepas ini bakal berteraskan al-Quran dan as- Sunnah. Jiwa dan kesejahteraan kehidupan seiring dalam rahmat Ilahi. Dimensi inilah yang ditakuti musuh-musuh Islam, dibayangi rasa takut akibat tidak moden, diserang sentuh gundah kerana mengutamakan Allah lebih daripada segalanya malah dikata kolot akibat ikut Rasul. Nyata kemungkaran hari ini semakin tenat memburu lenyap. Deen Allah semakin bertakhta di hati hamba.
Disekelilingnya penuh ukhuwah yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Jiwa muda mencari halus bimbingan warga lama bertenaga. Warga senja mencurah pelangi suluhan di minda pemuda. Semuanya ini mercup di sana sini bagai tidak tertampung lagi. Adunan pelbagai usia ini adalah pewaris peradaban dan ketamadunan yang ditunjukkan Rasul. Generasi penerus perjuangan menegakkan makruf dan mencegah mungkar kini di mana-mana.
Begitu pandangan hati memandang kehidupan dikelilingi sahabat dan sahibah yang dalam diri mereka hanya berhajatkan redha daripada Allah. Tidak menjatuhkan malah sentiasa didukungi langkah agar tidak tersasar. Jauh sekali sinis mengkritik lagak mengapi marak amarah tetapi ditegur penuh kasih dan sayang. Ruginya apabila ada yang merasai kebejatan langkah kehidupan ini hanya dirinya seorang yang benar. Sedangkan hidup berjamaah itu di ketika ini adalah satu tuntutan.
Terbaca di ‘fan page’ Pahrol Mohamad Juoi....” Jika kita sombong dengan kebenaran yang kita miliki ertinya kita bukan dalam kebenaran! Kebenaran untuk diamal dan disampaikan bukan untuk dibanggakan. Orang yang memilikinya berakhlak, bukan bongkak.” Ungkapan ringkas penuh makna.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)