Kisah Kau Tersedar....Part 11
· Ana in saaltal-qouma 'anni man ana
jika ditanya aku tentang siapakah aku,
Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin
Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna
maka ketahuilah semua orang aku di sini,
Lan anhani lan antani lan arkana
tidak akan terhina atau terpesong maupun cenderung
· Inni ra`aitullaha fi akwanihi
sesungguhnya Aku melihat Allah dalam ciptaanNya,
Wa sami'tul shautul-haqqi fi qur`anihi
dan aku dengar suara kebenaran dalam QuranNya.
Wa lamastu hikmatahu wa faidha hana`ihi
dan aku sentuh hikmahNya dan belai kasihNya
Fi siratil-mukhtari fi imanihi
dalam sirah mereka yang terpilih imannya
(Terjemahan di atas dipetik daripada ulasan klip, editorial mengalu-alukan sekiranya ada yang ingin menyumbangkan terjemahan penuh nasyid tersebut untuk kebaikkan bersama.)
Kisah Kau Tersedar...Part 10
Kisah Kau Tersedar... (Part 7)
Kisah Kau Tersedar... (Part 6)
Sudi mengenggam jalinan hidup
Rela berkongsi tawa dan tangis
Setiap saat menanti tari
Pemujuk setia di kala resah
Pendengar setia setiap luahan
Penasihat segera di saban ketika
Bijakmu tiada terduga
Setiap nasihat kau kutip penuh minat
Hadirmu satu kurnia
Kasih Allah pada hambaNya
Di jalur ufuk rahmatMu
Penuh disulam ujian berceracak
Bak lelayang menghala tuju
Bukan mudah sebenarnya
Melayari hidup bernama isteri
Syukurku tidak terucap
Kaulah Isteri kaulah Teman
24/3/2011
Sg Buloh
Kisah Kau Tersedar... (Part 3: Kiriman Pengunjung Blog)
Memang ada kisah dan harapan
Antara dendam dan juga kekesalan...
Bisikan syaitan begitu memukau
Itulah perjanjian yang sering terlaksana...
Agar sentiasa melayari rentak sumbang tarinya...
Namun
Sesekali hati ini akan terperangkap
Kerana iman yang begitu rapuh dan alpa
Leka seketika kepada Maha Pencipta
Kerana kiri dan kanan sentiasa dihasuti oleh
Bisikan syaitani...
Kita perlu bersama
Untuk saling mengingati... saling menasihati
Agar keimanan berakar umbi di dalam hati
Sebagai pedoman menuju ke destinasi
Moga dalam ukhuwwah Islamiah ini
Bisa dibukakan pintu kerahmatan dan keredhaan
Agar bisa mengorbankan kejahilan
Dan menyemarakkan lagi keimanan dan ketakwaan
Yang pasti
Carilah redha Ilahi
Untuk nikmat syurga yang hakiki
Destinasi cinta menuju ilahi...
Nukilan :
Izzah Jazmina
Jerantut, Pahang
28 Februari 2011
(Puisi ini di email kepada editorial atas perkongsian rasa pengirim pasca sentuhan silam beliau apabila melayari nukilan 'Kisah Kau Tersedar... (Part 2) bertarikh 26 Februari 2011." Karya dilihat terpelihara dan memenuhi sisi penulisan rentak Islami. Editorial menghulurkan salam ukhuwwah dan mengalu-alukan nukilan rasa seumpamanya untuk dikongsi bersama.)
Editorial:
khz000@yahoo.com
Kisah Kau Tersedar... (Part 2)

"Kisah Kau Tersedar...." (Part 1)

Destinasi Cinta
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
Lagu : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Faizal Osman
Program Muzik : Trabye
Sumber http://www.hijjaz.com.my
------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan lirik-lirik nasyid di http://www.liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri
------------------------------------------------------------------------------------------